Kilang Gamat
Dalam kuali tuu lah minyak gamat .Minyak gamat yang tengah dimasak. Tour Guide tuu kate kalo kite celup tangan dalam minyak tuu, tangan kite tak akan melecur walaupun minyak tuu tengah mendidih. Aku pun ape lagi....dengan exited nyer mencelupkan jari ku ini dalam kuali yang besar tuu. Mmg betul tak melecur cuma kene tahan rase panas jer.....
Kedai Batik
Lepas shopping gamat, kami menyinggah kat kedai jual kain batik. Tempat nie Ibu suke. Kan main lagi banyak ibu menyopping kain batik & kaftan. Kami tak beli pun....ape lagi memosing lar keje kami....hik hik
Makam Mahsuri
Lokasi yang seterusnya adalah Makam Mahsuri. Kat sini kite leh lawat Muzium Mahsuri yang kite boleh tahu sejarah & asal usul Mahsuri. Dari sejarahnye Mahsuri telah difitnah dan telah dihukum bunuh. Sebelum Mahsuri dihukum bunuh, Mahsuri telah bersumpah bahawa tanah Langkawi ini akan menjadi Padang Jarak Padang Terkukur selama 7 keturunan. Sejarah ini dapat ditonton di dalam Muzium Mahsuri ini. Selain boleh tonton video Sejarah Mahsuri, kita juga leh tgk rumah serta barang2 kepunyaan Mahsuri serta makamnya.
Beras Terbakar
Kami seterusnya dibawa pula ke tempat Beras Terbakar. Tempat ni juga ada sejarahnya. Ditempat inilah org2 kampung menanam padi-padi mereka dan kemudian membakarnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lah pegi sendiri ekk....(sebenarnya dah lupa...hehe)...
Dataran Lang
Destinasi terakhir kami untuk hari ini adalah 'Dataran Lang'. Kami sampai situ time sunset. Wahhh cantek sangat permandangan time sunset. Aktiviti kat sini adalah...........posingggg........... I Like !!! hik hik
No comments:
Post a Comment