Friday, March 25, 2011

Kepentingan Insurans

10 sebab utama mengapa orang perlu insurans hayat:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan
keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak
terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka.
Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang
yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/
kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan
kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans
hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan
yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli
insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.

Thursday, March 24, 2011

Mr Nuffnang


Ari nie aku belajar lagi sesuatu yang baru berkaitan dengan Blog.....(maklum lah ahli baru.....huk huk). Aku belajar bagaimana nak letak Mr Nuffnang dalam blog aku nie haa. Setelah berpenat lelah akhirnya aku berjaya meletak kan Mr Nuffnang ini di dalam Blog aku....huyeeeee!!!!

Apakah itu Nuffnang??
Nuffnang adalah komuniti pengiklanan blog. Iklan kami telah dilihat oleh 8 juta pengunjung dalam 150,000 blog setiap hari.

Tuesday, March 22, 2011

Hot BallooN & Orbing

Setelah beberapa tahun aku terlepas nak tgk Hot Ballon nie.....akhirnya tahun nie dapat gak aku tengok. Tapi agak kecewa sbb tak dapat nak naik....wawawa...punye lah ramai org beratur. Dorang2 kat ctu kate....dr kol 6 pagi dah ade org beratur nak beli tiket....mak aihhh...biar betik.... Tapi takpe lah...dapat tgk dulu pun jadi lah....tahun depan lar naik.....eheeee ;)


Sementara nak tunggu belon-belon tuu kembang....aku sempat gak lar try main BOLA yang besar nih. Ia di kenali sebagai ORBING.....semput gak rupenyer main Bola-bola api nih....kekeke



Friday, March 18, 2011

My Favourite Butter Prawn



Aduyaiii....terliur plak aku tgk gambar udang kat atas nih. Kalo aku nak makan butter prawn aku mesti teringat Restoran Thaibase kat Sri Damansara. Tempat nie My Mr yang perkenalkan kat aku. 1st time pegi mmg aku dah terjatuh hati ngan butter prawn dia sbb udang dia segar-segar. So My Mr rajin lah bawak aku kat sini.....bagi aku makan udang....eheee.... (mane lar tak tembam). Makanan yang lain pun sedap2. Jommmm....... Nie alamat dia >>>>>
RESTORAN THAIBASE SDN BHD
No. 7-1 (1st Floor), Jalan Tanjung SD 13/2,
Bandar Sri Damansara, 52200 Selangor
Telephone Number : 03-62752284, 03-62721184

Business Hours: 12.00 noon – 10.30 pm
(Public Holiday & Sunday Closed)

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa & T.G.I Friday's

Tahniah KRU. Aku tabik lah ngan adik beradik nie sbb berjaya menghasilkan sebuah filem yang berkuality. Berjaya keluar dari kelompok cerita Malaysia....huhuhu. Actually, aku nie bukan nye suke sangat tgk cite lawan-lawan nih. Tapi KRU punye pasal....aku punye lah exited nak tgk cite Merong nih. Masa nak tgk cite nie, aku hampir-hampir kecewa sbb time beratur tetibe aku nampak kat skren tiket tok cite Merong dah bertukar ke kale kuning (hampir-hampir habis). Uwaaaaa.....mmg frust giler. Mau nyer tak, aku punye lah berkobar-kobar dari rumah nak tengok cite nih. Tapi sib baik lah ader My Mr......muahaha. Dia kate dia nampak muka aku mmg frust sangat.....(cane ler gamaknye muke aku time tuu ekk??....eheeee). Nak tgk next tanyangan tak sempat sbb dia kene keje.....aduyaiii...bertambah lah frust. Tetibe......tinggggg!!!!......dia kate nak amik Seat Gold Class. Muka ku kembali ceria..... ;). Dia pun pergi lah ke kaunter Gold Class. Malangnya cite Merong takde Gold class plak time tuu. Tapi....dipendek kan cerita, akhirnya My Mr berjaya jugak dapatkan tiket untuk kami.....Tq My Mr...... ;)


Sementara nak tggu movie stat.....My Mr ajak pi makan dulu. Masing2 dah kelaparan sebab tak amik breakpes. My Mr ajak aku makan Tgi Fridays.......yum yumm cedap nye....tapi cedap lagi Chilis...

Nie lah menu aku ari tuuu
dsc_0004
Nie plak Appetizer kami
dsc_0002
Nie chips makan ngan mende kat atas tuu

Tuesday, March 15, 2011

Cuti-cuti Langkawi ~ Day 4

Hari ini adalah hari terakhir kami di Langkawi. Kali nie kami naik feri & keretapi pula. Sebelum balik kami sempat shopping coklat kat Pekan Kuah....joommm shoppinggg.....




Nie antara coklat yang di shopping. Aku suke coklat-coklat nie...cedapppp






Sementara menunggu feri, kami sempat pegi berposing lagi di Burung Helang......eheeee....posing, posing dan posing.....

Tiba lah masa untuk tinggal kan Langkawi.....huhuhu...Feri kami kol 3.30pm. Bye bye Langkawi......

Feri sampai di Kuala Perlis dalam kol 4.30pm. Sampai di Kuala Perlis, kami kene amik teksi pula untuk ke Arau. Sampai di Arau kira-rira jam 5.15pm. Sempat lah kami makan-makan dulu di Stesen Keretapi nie.

Berakhirlah percutian keluarga yang menyeronokkan. Kami sampai di Ipoh kira-kira jam 2.00pagi. SEKIAN

Saturday, March 12, 2011

Cuti-cuti Langkawi ~ Day 3

~ Tour De Langkawi Part 2 ~
Pada hari ke-3, aktiviti kami adalah Tour De Langkawi Part 2. Tour kali ni kami di bawa ke Pantai Pasir Hitam, Telaga 7, Cable Car,Underwaterworld, Makan Laksa & Pantai cenang.

Pantai Pasir Hitam

Lokasi pertama kami pada pagi itu adalah Pantai Pasir Hitam. Pantai ini satu jalan nak ke Kabel Car. So kami pun singgah jer lah kat Pantai ni. Pasir kat pantai ni mmg hitam. Selain tuu takde ape yg menarik kat sani.









Telaga 7

Dengan perasaan yang berkobar-kobar kami terus ke Kabel car. Tak sabar-sabar rasenye nak naik. Tapi....huhuhu....hari tuu kabel car bukak lambat ler plak. Rupe-rupenye setiap hari Rabu cabel car nie bukak kol 12.00pm....aduyaiii....terpakse lah menunggu lebih kurang 2 jam lagi. Tour guide kami kate yang terdekat kat kawasan situ adalah Telaga 7. Daripada melangut kat situ baik lah kami pi Telaga 7 tuu kan kan. Ok lar jugak sbb dah 3 kali aku sampai kat Langkawi nie tapi tak penah pi Telaga 7. Tapi.......wahahaha.....rase menyesal pun ade pi naik telaga 7 nih. Mak aiii.....tinggi nak mampus. Seme tercungap-cungap naik tangga. Mcm nak pengsan pun ade. Penat wehhh!!!


Cable Car

Tibalah masanye ke Cable Car....yiihaaa.....i like!! Ini kali ke2 aku nek cable car kat Langkawi nih. Beshh taw. Tapi kekadang kecut perut gak....eheee... Tapi spoil skit sbb kami semua suda kepenatan naik Telaga 7. Jadinye seme dah tercungap-cungap sbb kat sini pun kene naik turun tangga untuk nak tgk permandangan cantik....aduyai.... Tapi 'walaupun' penat....posing tetap posing....hik hik....peace....


Kat kawasan Cable Car nie ade tempat arnab & rusa taw. Best tempat nie. Boleh bagi arnab & rusa nie makan. Masuk free jer tapi kalau nak bagi arnab & rusa tuu makan...kene lah beli makanan dia....


Underwater World

Setelah berehat & sembahyang, pada petang itu kami dibawa pula ke Underwater World. Aku tak masuk sbb rasenye dah 3 kali aku masuk tempat nie. So dah tak berminat lagi tok masuk....eheee. Yang lain kecuali aku & Shima seme masuk. Sementara tggu dorang, aku & shima sempat minum-minum sambil makan coklat yang dibeli kat situ...


Laksa Langkawi

Hari nie kami berkesempatan makan laksa Langkawi setelah 2 hari di sini. Ramai org kate tempat makan laksa yang sedap kat sini adalah dekat belakang Airport. So tourguide pun bawa lah kami makan laksa kat tempat tuu....

Pantai Cenang

Lokasi kami yang terakhir kami pada hari ini adalah Pantai Cenang. Kami sampai sini time 'Sunset'. Dekat sini kami lepak-lepak sambil menghayati kecantikan Sunset. 2 org budak kecik sempat mandi kat sini. Kami-kami yang dah beso nie.....aper lagi......posinggggggg.......ahakssss

Thursday, March 10, 2011

~ Tour De Langkawi Part 1 ~

Kilang Gamat

Dalam kuali tuu lah minyak gamat .Minyak gamat yang tengah dimasak. Tour Guide tuu kate kalo kite celup tangan dalam minyak tuu, tangan kite tak akan melecur walaupun minyak tuu tengah mendidih. Aku pun ape lagi....dengan exited nyer mencelupkan jari ku ini dalam kuali yang besar tuu. Mmg betul tak melecur cuma kene tahan rase panas jer.....

Kedai Batik

Lepas shopping gamat, kami menyinggah kat kedai jual kain batik. Tempat nie Ibu suke. Kan main lagi banyak ibu menyopping kain batik & kaftan. Kami tak beli pun....ape lagi memosing lar keje kami....hik hik
Makam Mahsuri

Lokasi yang seterusnya adalah Makam Mahsuri. Kat sini kite leh lawat Muzium Mahsuri yang kite boleh tahu sejarah & asal usul Mahsuri. Dari sejarahnye Mahsuri telah difitnah dan telah dihukum bunuh. Sebelum Mahsuri dihukum bunuh, Mahsuri telah bersumpah bahawa tanah Langkawi ini akan menjadi Padang Jarak Padang Terkukur selama 7 keturunan. Sejarah ini dapat ditonton di dalam Muzium Mahsuri ini. Selain boleh tonton video Sejarah Mahsuri, kita juga leh tgk rumah serta barang2 kepunyaan Mahsuri serta makamnya.
Beras Terbakar

Kami seterusnya dibawa pula ke tempat Beras Terbakar. Tempat ni juga ada sejarahnya. Ditempat inilah org2 kampung menanam padi-padi mereka dan kemudian membakarnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lah pegi sendiri ekk....(sebenarnya dah lupa...hehe)...


Dataran Lang

Destinasi terakhir kami untuk hari ini adalah 'Dataran Lang'. Kami sampai situ time sunset. Wahhh cantek sangat permandangan time sunset. Aktiviti kat sini adalah...........posingggg........... I Like !!! hik hik